Want your
own Fotopage?


















 
::: SabRina & NadzRi :::

By: Nadzri And Sabrina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Nov-2008 07:19 Email | Share | | Bookmark
First Baking

Sab rasa dah ramai yang suruh Sab update.. anyway, macam ni lah.. sekarang ni Sab ada bz sikit.. mungkin tak dapat update selalu tapi Sab tak akan tutup terus FP Sab.. kalau Sab rasa Sab free, Sab akan update erk.. hehehe.. sorrylah buat kengkawan yang sudi jenguk FP Sab.. asyik bersawang je erk.. Sab tak sempat lah nak update.. terlalu banyak aktiviti lately..

Kali ni Sab citer ringkas je erk.. Sab nak berkongsi gambar kek cokelat yang Sab try buat sendiri for the very 1st time..kat bawah ni.. resepinya Sab amik dari FP MamaFami Sab suka sangat tekstur kek cokelat ni.. Adik Sab pun cakap kek ni sedap.. kalah secret recipe.. hehehe.. itu yang buat Sab bersemangat tu... masa raya aritu, sempat buatkan untuk mak kek cokelat ni dan semua orang suka rasanya.. yeahhh..





DEEP DARK CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan :

2 cawan gula kastor
1-3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1-1/2 sudu kecil serbuk penaik
1-1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 butir telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air mendidih

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan ketuhar pada 350 F. Griskan loyang pembakar. Sab guna loyang empat segi ukuran kecik jer.. muat-muat kek ni..
2. Masukkan gula ke dalam mangkuk pembancuh. Ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk yang sama.
3. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, minyak dan vanilla. Pukul sekadar semua bahan sebati, menggunakan whisk.
4. Tuangkan bahan cecair ke dalam adunan tepung dan pukul dengan menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga berkerim. Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 40 - 45 minit atau sehingga masak. Biarkan selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang pembakar.



Yang kat bawah ni pulak Sab try buat muffin yang resepinya Sab amik dari Kak Rinn Muffin ni rasa sangat berat la.. Makan satu pun dah kenyang.. hehehe





CHOC CHIPS ALMOND MUFFINS

Bahan-bahan:
BahanA (Diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam

BahanB (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar

Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis
1/2 cawan almond cincang

* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin

Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 25min -30min, bergantung kepada oven masing-masing.



Yang kat bawah ni pulak Sab cuba untuk pertama kali masak lemak cili api ketam.. dan tak sangka pulak menjadi dengan jayanya.. Selalunya kalau teringin nak makan Sab akan suruh mak yang buatkan... tapi kali ni nak cuba sendiri dan Alhamdulillah, Yang suka sangat.. dia yang makan banyak sebab Sab tak berapa suka makan ketam.. hehehe.. malas nak bukak kulit yang keras tu..





Ok, rasanya sampai sini je kot update Sab kali ni.. sebelum tu Sab nak letak picas masa gi Annual Gathering Lancer GT Club.. 1st gathering actually.. kat Tiara Beach Resort PD.. ada lebih kurang 80 buah lancer semuanya termasuk 1 buah Lancer Evo X from Singapore yang datang.. rasanya tak ramai sangat sebab registered lancer yg ada kat M'sia ni setakat bulan ni ada 1750 buah.. tapi its ok la.. for the 1st time kan.. lepas ni mesti lagi ramai yang akan joint gathering ni..



By the way, Sab baru balik cuti-cuti malaysia kat Kota Kinabalu last week.. rasa tak puas sangat sebab 3 hari je kat sana.. nak kena pergi lagi ni nampaknya.. Nanti kalau Sab free Sab upload gambar kat Sabah tu erk.. till then... take care kengkawan..


perghh..
geng2 evo nihh..
Tue 2-Jun-2009 23:12
Posted by:Radin Aminurasyid  - [Link]
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Wed 3-Jun-2009 08:05
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
salam..
selamat ebrkenalan..
suka tgk pic u, cantik ..
Tue 30-Jun-2009 04:52
Posted by:iiZetty ii_zetty@yahoo.com  - [Link]
View all 54 comments Add comment


Monday, 6-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri 2008



Salam Aidilfitri buat semua kengkawan FP yang masih sudi berkunjung ke teratak Sab yang dah penuh dengan sawang ni.. Sebelum tu Sab nak mintak maaf kat semua kengkawan yang mana Sab tak sempat nak jenguk FP atau blog kengkawan. Sab cuba sedaya upaya nak jenguk FP kengkawan.. jenguk-jenguk gak tapi tak tertinggal komen pulak.. Kadang-kadang kita ni sampai kat satu tahap yang kita rasa kita tak nak buat apa-apa dah.. duduk tanpa berbuat apa-apa.. Tapi sekarang ni Sab dah wakeup balik dah.. mood raya mempengaruhi kot.. Sab amik kesempatan cuti raya ni update FP kat kampung since bab masak-memasak mak yang buat.. Kejap lagi Sab nak upload kan gambar-gambar raya kalau sempat la.. Sedara mara ramai bertandang kat umah.. havoc sikit rumah ni... biasalah kalau orang datang.. budak-budak ramai.. macam tongkang pecah jadiknya.. hehehe tapi meriah..

Sab belum cerita lagikan sab dah ada oven baru? Hehehe.. sempatlah Sab buat 2 jenis kek dan 1 jenis cookies masa nak raya ari tu.. Kalau Sab sempat.. Sab upload erk nanti.. lepas raya nanti lah.. sekarang mood raya.. gambar nak tepek pun kenalah gambar raya gaks kan..



Raya kali ni Sab tension sikitlah.. sebabnya baju raya untuk Yang, tukang jahit tu tak dapat nak siapkan.. bukan setakat tak siap.. tak potong pun lagi kain tuh.. Hangin betul Sab tapi nak cakap macam mana kan.. memang dah tak sempat dah dia nak siapkan.. Tu yg warna baju raya kali ni tak berapa nak sedondon.. Last-last cari baju siap kat kedai.. dapat lah warna hijau tapi tak berapa nak match dengan baju Sab. Ingat kain yang tak siap tu nanti nak buat untuk raya haji jer la.. Maknanya raya haji nanti pakai baju warna hijau gaks ler.. hehehehe

Tapi dalam tension tu ada gak yang gembiranya,.. Yang's new ride sempat keluar a week before raya.. kalau tak,.. tak beraya lah kitorang sebab kereta lama dah jual.. Memang thankful sangat kat Kent, SA@Ampang branch yang bertungkus lumus menguruskan booking kitorang .. dan terima kasih gak untuk Mr Manager@Ampang branch yang memastikan kitorang dapat keta tu before raya.. Thanks a lot! Raya kali ni Yang sambut dengan senyum melebar sebab dia dah dapat keta idaman dia.. tu yang dia tak kisah baju raya dia tak siap.. hehehe Tak apa.. bagi peluang kat dia dulu.. **Jangan lupa Swiff Ena pulak erk Yang..

Inilah makwe baru Yang tu.. ***Gambar ni diupload atas permintaan Yang..


Raya tahun ni sepatutnya nak balik Penang on 3rd raya tapi rasa tak berbaloi pulak balik kejap sangat (*** hehehe padahal Sab ni memang selalu ngelat kalau tang balik kampung Yang... kecian Yang..) Mulanya kitorang plan nak balik minggu ni tapi yang ada kursus pulak pada Sabtu, sepanjang hari.. jadi terpaksa postpone ke minggu depan pulak.. Tak apalah kan,.. bukan tak balik terus.. hehehe.. **kata-kata utk sedapkan hati...



Oh ya,.. masa hari raya kedua, Iman & Haziq (anak arwah Abg Jie) ada balik ke Johor bersama mama dorang tapi Sab tak sempat nak amik gambar budak berdua tu.. dok sibuk layan tetamu yang datang. Dorang datang pun sekejap je.. tapi cukuplah nak lepaskan rindu pada dorang.. lama betul Sab tak jumpa dorang..

Muhammad Hazim Amsyar


Ok,.. yang ni gambar budak kiut nama Amsyar tu.. Hehehe.. dah kurus sikit dah badan dia sekarang lepas baik demam.. macam bukan Amsyar yg chubby dulu.. sekarang dah pandai berlari dah.. tapi masih tak pandai cakap.. yang dia tahu sebut cuma dua perkataan je.. 'ayah dan air'.. Semua orang dipanggil ayah.. tak kira lah ayah dia ke.. mak dia ke...atuk dia ke.. uncle dia ke.. uda dia ke.. semuanya 'ayah'.. hehehe Tak lama lagi kena panggil abang amsyar pulak ler.. hehehe nak dapat adik dah...

Ayah & Mak Amsyar


Emi & Kak Farin






salam.. apa khabar sabrina ? rindu nak tengok update terbaru dari awak ...

kak daalia
http://lea-oven.blogspot.com/
Sun 30-Nov-2008 16:53
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
ooo..sabrina..where r you....?????
cepat update....
Mon 1-Dec-2008 03:02
Posted by:zaiton zaiton_yatim@yahoo.com  - [Link]
Nie minah mesti sibuk giler gambar raya sampai nak raya haji tak berupdate ciannya tak ada masa ya. Tue 2-Dec-2008 03:13
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
View all 69 comments Add comment


Sunday, 30-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
:. PRU 12 & Work & Food

Ramai betul yang suruh Sab update dan kemas umah online Sab ni. Sebelum tu Sab nak mintak maaf kat semua kengkawan yang mana Sab tak sempat nak jenguk FP atau blog kengkawan. Sab dijangkiti virus 'BZ' pulak kali ni la...Most of the time Sab duduk kat bilik server.. monitoring the installation and the configuration of our new server and storage. This is the very 1st time Sab involve dalam technical and networking. Banyak betul benda yang Sab tak tahu hinggakan Sab rasa tension sangat. Terasa macam bodoh dan tak tahu apa-apa sedangkan dah kerja lebih 6 tahun. Selama 6 tahun tu Sab buat development so when it comes to technical part memang Sab jadik slow. Banyak betul nak kena catch-up since Sab the only one IT personel kat situ. Technician Sab entah bila lah nak sampai.. Letih dah call admin suruh cepatkan kemasukan technician tu..Uwaaaa rasa nak mintak transfer jer..



Tapi nasib baik Yang ada.. Yang ni jenis orang yang sentiasa tenang.. Kadang-kadang membosankan jugak sebab Sab rasa Yang ni terlalu optimis sangat. Hehehe.. Ampunn Yang.... Adik-adik Sab gelarkan abang ipar dorang ni 'Mat Kool' Hehehe.. Yang cakap Sab should think out of the box.. cuba sesuatu yang baru.. So bila difikirkan, betul gak apa kata Yang tu kan... Kita tak akan tahu kebolehan kita kalau kita tak mencuba kan? So itulah prinsip yang Sab pegang sekarang bagi menguatkan keyakinan diri Sab untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh. **Macam tak ikhlas kan? ahaksss

Oklahhh cukuplah luahan perasaan tu... kat sini Sab nak tayang gambar-gambar yang sempat Sab amik masa PRU 12 arituh.. Layan je ler erk..






Ini pulak kek marble yang Sab pesan dari Mak Lang untuk dibawa balik ke rumah mertua masa PRU12 tu. Sedap betul rasanya.. dan minggu lepas baru je order lagi kek marble yang sama dengan kek pisang yang Yang suka tu.. Psstt .. lagi satu.. yang tu gambar char kuey teow kesukaan Sab dan Yang.. Gerai tempat jual feveret food kitorang ni terletak berdekatan dengan balai polis Bukit Mertajam. Ada ke yang pernah pergi? Ramai orang tau kat gerai tu. Selalunya kalau makan mesti pekena 2 pinggan, tapi balik kali ni.. Yang makan sampai 3 pinggan.. melampau betul kan? Hehehe.. mamat kat kedai tu siap senyum-senyum jer bila Yang pesan kali ke tiga.. mesti dia pelik.. orang kurus ni makan banyak.. hahaha..
Last sekali, nasi lemak tu Sab masak masa Maulidur Rasul tempoh hari. Dek terpengaruh dengan nasi lemak kat FP kengkawan punya pasal la ni.... Hehehehe Dahler Sab ni hantu nasi lemak....






*****Sab akan berkursus selama 2 minggu di Bukit Tinggi pada 8 hingga 18 April 2008. Sab dapat rasakan kursus tu pasti membosankan. Kenapa bosan? Hehehe sebab Sab tak dapat jumpa Yang.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Mesti Sab rindu giler teramat-amat kat Yang.. nak buat camner erk?? Ada sesapa boleh tolong ke?

thanks kak sab singgah fp nn lagik..
selamat hari raya ya.. maaf zahir batin..
so happy knowing u are ok... take care ya!
Thu 2-Oct-2008 12:50
Posted by:unnamed
bz bangat la cik sab nih lama tak hupdate. salam aidilfitri! Fri 3-Oct-2008 03:07
Posted by:kuchai
salam maal hijrah...nice to know u!! Tue 30-Dec-2008 06:25
Posted by: jetli cheqli_swedish@yahoo.com
View all 130 comments Add comment


Tuesday, 4-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
:. Casual Potraiture with CandidSyndrome

Phewwww,.. hari yang sungguh memenatkan tapi seronok sangat. Semalam Sab dan Yang berkesempatan buat 'Casual Potraiture' bersama senior photographer dari CandidSyndrome, Udey Ismail dan Mukhriz Latif. Sab booking pakej ni masa tengok expo kat Mid Valley. Sebelum tu memang Sab dah tercari cari photographer untuk amik gambar kiter orang sempena our 5th anniversary ni. Tapi bila pergi je expo tu.. Yang terus suka dengan hasil kerja dorang, then terus booking untuk photoshot. Yeahhh finally,..

3 Mac hari yang ditunggu-tunggu.. kekeke memula ada plan nak kuruskan badan sebab nak bergambar tapi alahhh macam tak boleh ler.. kekekeke teruk betul Sab ni kan. Yang pulak cakap, tak apa... Bie kan cute.. Hehehe ye ler tu.. Kot Yang tak puji wife dia sapa lagi nak puji kan? Kekeke Entahlah.. Sab rasa selagi Yang macam tu selagi tu ler Sab tak leh nak kurus.. bukanlah kurus sangat.. atleast jadik macam dulu-dulu pun oklah kan.. kekekeke.. Itu belum lagi Sab mula belajar buat buns la.. pizza la.. cake la... kalau Sab dah pandai buat semua tu.. aiyoooo tak tahulah macam mana pulak bertambah besarnya badan Sab ni..

Sab dan Yang keluar dari rumah pukul 10:15 dan janji nak tunggu Udey kat tol UPM sebab kitorang tak tahu jalan nak ke MARDI tu. Dalam masa yang sama pulak, bukan sebarangan orang boleh masuk dalam MARDI tu tapi since bebudak CS ni ada member dalam MARDI jadik dapatlah kitorang buat shot kat situ.. Tak lama tunggu kat tol UPM tu, Udey pun sampai.. then terus ke MARDI, tunggu kejap kawan Udey datang, nama dia Faiz. Dia ni kiranya macam photographer wannabe la. Ehh tapi bukan wannabe dah.. dah kira menjadi dah... korang boleh gaks hire dia.. hasil tangan dia pun boleh tahan beb... Lepas Faiz datang, kitorang terus ke padang tempat nak buat shot tu. Tak lama lepas tu Mukhriz pulak sampai. Shooting bermula dalam pukul 11:30 kat padang MARDI tu. Pemandangan kat situ sangatlah cantik, tapi kalau takder orang buat construction tu lagi ler cantik..

Lepas puas dok berposing kat padang tu, kiterorang round plak dalam MARDI cari port lain yang cun. Ada posing dalam kebun rozel.. dan ada juga atas bukit.. phew... bergolek-golek Yang dari atas bukit tuh.. seronok sakan.. cuaca masa tu redup je tapi terasa gaks bahang panas.. apa taknya.. pukul 1 tghari daa.. berpeluh2 gaks tu.. tapi takper.. natural kan.. tak yah make-up pun.. macam bersantai je.. Terasa macam artis pun ye jugak.. mana taknya 3 orang photographer sekaligus... Dah puas-puas meneroka MARDI,.. kiterorang ke Putrajaya pulak.. Buat shoot kat situ.. Memang seronok dengan diorang ni.. jenis selamba.. pak guard dah marah pun tak reti-reti gaks nak beredar,.. sempat lagi snap kat atas tangga tu.. kekekek... seronok sehhh... Akhirnya sesi posing yang sepatutnya abis kol 3 tuh berlanjutan sampai pukul 5. Sempat pulak lepas tu tengok ultraman berlawan kat tepi jambatan putrajaya tu.. Kereta yang lalu lalang semuanya pelik tengok dorang ni... siap ada yang hon-hon.. jerit-jerit.. 'ultraman.. ultraman.. ultraman.. kekekekkekee Sakit perut ketawa ... Kekekekeke.. kelakar lah diaorang ni...

Sab tak sabar nak tunggu semuanya siap.. 6 minggu tuh.. huhuhu.. tak sabarnya.. Yang penting tak sia-sia Sab amik pakej dengan CandidSyndrome. Puas hati sesangat... diaorang pulak semuanya best giler... Thank you guys.. you all really made our day!












Ini lah 3 orang ultraman melayu yang sesat kat Putrajaya tu.. kekekekek


In action


Yang ni pulak gambar ultraman 3 tu yang kitorang shot.. cun tak? hehehehe









Sab...kenpa lama tak update sibuk ya, kak mis dah pindah rumah baru Tue 3-Jun-2008 13:56
Posted by:Mis miss_creativecakes@yahoo.com  - [Link]
Kak Sabrina.... How are u my sifoooo of Photoshop CS2... Heheheh.... Seronoknya tgk Kak Sabrina & Hubby ambik gambar kat MARDI tuh.... really...really...really niceeee.... suka sangat2...Korang plak nampak cam lovinggggggggggggggg sangat.....Seronok tgk gambar... tapi tak puas laa.... rasa cam nak tgk lagi shot-shot yang lain... Kalau ada album gambar tuh...lagiiiiiiii best!!...Bila mau datang MITI huh???? Ok la...Kak Sabrina.... Semoga Happy slalu.. Wed 2-Jul-2008 05:36
Posted by:Ena @LynMafia
Menarik sungguh shot -shot yang di ambil. Sat 26-Jul-2008 09:10
Posted by:dishazlan  - [Link]
View all 130 comments Add comment


Saturday, 1-Mar-2008 03:17 Email | Share | | Bookmark
:. 5th Anniversary -- Dedicated to Yang!

Alhamdulillah... hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan Sab dan Yang. 5 tahun yang dilalui bermula dengan sedikit kepayahan akhirnya dipenuhi dengan bunga-bunga kebahagiaan. Di alam perkahwinan ini Sab belajar menyintai seseorang. Dan Sab rasa hasilnya amat berbaloi bila kita dapat menyintai orang yang amat menyintai kita. C.i.n.t.a yang tidak pernah 'bersebab'. Itu yang Yang selalu ucapkan pada Sab. Tidak perlu kerana 'kekayaan', 'kecantikan' atau apa-apa saja. Yang ada hanyalah kerana 'I LOVE YOU'. Jangan ditanya kenapa .....

Di kala Sab menaip entry ini, air mata menitis mengenangkan pengorbanan dan kasih sayang yang Yang curahkan selama ini pada Sab. Kesungguhan Yang untuk meyakinkan Sab tentang cintanya, pengorbanannya dalam menanti jawapan dari Sab,.. Ianya tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata, cukuplah Allah sebagai saksi apa yang Yang telah usahakan selama ini. Sab pun tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Kekuatan untuk menerima Yang dan belajar untuk menyintainya. Apa yang pasti bila Sab mengambil keputusan untuk menerima Yang, Sab harus belajar untuk berkorban. Masa tu Sab tak tahu apa sebenarnya yang berada dalam fikiran Sab tapi mungkin semua ini petunjuk dari Allah. Sab tak pasti apa kriteria yang ditetapkan oleh orang lain untuk mengahwini seseorang tapi bagi Sab, Sab hanya perlukan seorang lelaki yang 'sabar', dapat membimbing Sab dan yang amat menyintai Sab. Sab teringat pada hadis Nabi yang mengatakan 'lelaki yang baik untuk dijadikan suami adalah lelaki yang dapat mengawal marahnya'. Sab akui setiap orang ada kelemahan masing-masing dan cara yang paling baik adalah belajar menerima kelemahan mereka sebagaimana mereka menerima kelemahan kita. Dan, Alhamdulilah.. selepas tujuh tahun mengenali Yang, Sab dapat rasakan Yang adalah yang lelaki terbaik untuk hidup bersama Sab. Sab rasa Yang adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai. 12 tahun yang berlalu bersama Yang mengajar erti suka-duka sebuah kehidupan di mana setiap detiknya amat Sab hargai. Sab berdoa agar Sab dan Yang akan terus bahagia bersama selama-lamanya di dunia dan akhirat dan semoga perkahwinan ini sentiasa di bawah rahmat Allah selalu..





Quote:


**** Dedikasi buat seorang yang amat dicintai...

- HANYA PADAMU -
Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci


- KETULUSAN HATI -
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu


Yang,
Terima kasih atas pengorbanan yang diberi,
Terima kasih untuk kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi,
Terima kasih kerana sudi berkongsi kehidupan ini,
Terima kasih kerana setia mendengar luahan hati ini,
Terima kasih kerana menerima seadanya diri ini,
Terima kasih kerana terus menyintai diri ini,
Terima kasih... terima kasih.. dan terima kasih atas segala-galanya....

Ena sayangkan Yang dan akan terus menyintai Yang hingga ke akhir hayat Ena..






Uiks.. ada penambahan kat entry ni erk? ekekeke... Fri 21-Mar-2008 09:22
Posted by:Ezza  - [Link]
re: sab, thanks for the compliment...
kasik ler gambo berdua ni kat fliffy
nanti fliffy scrap kan hihihi...
bile nak update,,,masih bz lagik ke?
semoga sentiasa jaga kesihatan diri jgn lupe berehat sebentar...
Thu 27-Mar-2008 02:59
Posted by:fliffy
lawa storyboard..........
lapa nengok cupcakes merah tuh.... ;p
Wed 23-Apr-2008 09:32
Posted by:SOOKA disturbing_gurlz@yahoo.com  - [Link]
View all 59 comments Add comment


Thursday, 14-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
:. Thank You!




Uwaaaaa .. terharunya Sab rasa bila terima 'Nice Matters Award' kat atas tu dari Kak Jie Jie dan Kak Leen. Tak sangka ada jugak orang yang ingat kat Sab erk.. terharu bercampur gembira sebenarnya.. hehehe Terima kasih banyak-banyak yer akak berdua.. At the same time, tak lupa jugak pada Intan sebab sudi bagi award yang cute mute ni utk akak.. Thanks hah larling..


Oleh kerana semua orang bagi-bagi award.. Sab pun nak bagi award la.. hehehe.. boleh lah dikira award kan? Kat bawah ni is a 'Thank You' tag yang Sab buat khas untuk ditujukan kepada Kak Leen dan Kak Jie Jie.. Nanti kalau ada award lain.. bagi kat Sab lagi erk.. kekekeke.. teruk betul Sab ni.. tak malu erk.. main mintak-mintak pulak...

Dan juga Sab nak bagi award ni pada semua pengunjung umah online Sab ni.. terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkunjung yer.. Datang selalu tau!





Quote:
Oleh kerana ada orang terpaksa sewa kontena nak bawak balik award ni ***sambil jeling kat Mak Lang, maka Sab ambil keputusan mengecilkan sikit saiznya.. hehehe.. Tak nak lah sampai ada orang kena sewa kontena lagik.. mahal sewa tu.. kekekekeke








sab, bila nak update.....btw kami dah update yer.... Sat 1-Mar-2008 00:25
Posted by:WanZee  - [Link]
apdet2 Sat 1-Mar-2008 17:28
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
CUPCAKES DARI SHAH ALAM!!!!

http://pokedot-cupcakes.blogspot.com/
Sun 23-Nov-2008 07:15
Posted by:shah  - [Link]
View all 72 comments Add comment


Sunday, 3-Feb-2008 02:39 Email | Share | | Bookmark
:. Honeymooning - Kuantan & Amsyar

Fuhhhh lega rasanya dapat buat comeback untuk FP ni.. Hehehe.. setelah menghilang seketika.. rasa rindu menerjah .. meluap-luap nak update balik FP ni. Rindu kat kengkawan pun iya jugak.. Sab tengah menyusun masa untuk melawat FP kengkawan.. minta maaf ye kepada kengkawan yang Sab dah lama tak jenguk FPnya.. Sab sibuk sikit.. bukan sikit lah.. banyak sgt.. hehehe.. Awal tahun.. kerja banyak sampai bawak balik ke rumah.. tapi Sab suka.. bekerja dengan team yang lelaki semuanya memang mencabar.. tapi oklah.. dema semua tu boleh buat kerja.. Sab pun banyak mintak tolong mereka sebab Sab orang baru kan? Hehehe..

Ni gambar masa gi Cherating cuti sekolah yang lepas.. Sab stay kat Swiss Garden 3 hari 2 malam.. takleh buat apa pun.. kat pantai cuma boleh jenjalan je.. bendera merah dinaikkan tanda tak selamat untuk sebarang aktiviti pantai.. hehehe musim tengkujuh.. nak buat camner.. kebetulan Sab dengan Yang salah planning.. akhir tahun tak sesuai nak ke pantai timur la.. cuaca tak berapa bagus..

Cuma ni je gambar-gambar yang Sab sempat ambil masa kat kuantan ari tu.. Cuaca tak menentu.... jadi tak banyak aktiviti yang boleh dibuat.. tak seronok sangat la.. kena pergi lain kali pulak..




Yang kat bawah ni pulak, gambar anak sedara Sab.. Namanya Amsyar... kalau bersama dengan dia tak terasa masa berjalan. Amsyar seorang yang mudah sangat tersenyum.. ketawa.. memang mudah sangat lah.. ceria je kalau tengok muka dia.. kalau dia baru bangun tidur.. kita tegur dia.. sekilas tu jugak dia tersenyum.. huhuhu.. rindunya Sab kat Amsyar.. tak sabar nak balik kampung Rabu ni nak jumpa Amsyar.. hehehe..






Cuti raya cina ni kengkawan tak bercuti ke? Balik kampung ke? Lama cuti ni.. dan Sab dan Yang dah decide nak balik kampung Sab kat Johor je.. nanti cuti sekolah bulan Mac nak balik Penang pulak.. Jom balik kampung.. hehehehe


Quote:

Alhamdulillah,.. akhirnya Sab dapat login ke akaun FP Sab ni.. Malam tadi Sab accidentally ter'save' blank password.. pastu, sepanjang malam Sab tak dapat nak login ke FP, dahler registered email kat FP ni dah tak valid dah... rasa nak nagis pun ada... huhuhuhu.. tetiber tengok pagi ni boleh pulak masuk.. apa masalahnya erk.. ehmm tak kisahlah.. janji Sab boleh login ke FP..
Sebenarnya, Sab nak letak entry menyahut cabaran Edoras ID-UD tu. Dah siap dah Sab buat untuk Edoras.. Hehehe nihler entrynya...








COMEYNYER AMSYAR........

Wed 23-Apr-2008 09:34
Posted by:SOOKA disturbing_gurlz@yahoo.com  - [Link]
Hi Sabrina,
I just wanna give you an idea about generating more incomes from Adsense-like Clickbank. How about if you change all your "Google Adsense" ads in your Fotopages with "Clickbanks Ads" which is more lucrative (as long as you have Clickbank account-just register for free at Clickbank.com as affiliate). Enjoy 50-75% sales commission pay-check. Please click at my link on your right and find out more infos.
Sun 15-Jun-2008 03:20
Posted by:wanegamos wanegamos@gmail.com  - [Link]
wow...nice picture la...salam ramadhan al mubarak... Mon 8-Sep-2008 18:37
Posted by:azmieibra azmieibra@yahoo.com  - [Link]
View all 67 comments Add comment


Monday, 19-Nov-2007 06:26 Email | Share | | Bookmark
:. Jom Masak !!! (#11)

Ramai betul yang suruh Sab update dan kemas umah online Sab ni. Hehehehe Sab dijangkiti virus 'MALAS' la... dan kebetulan pulak, kerja kat opis dah semakin sibuk.. pagi petang asyik meeting je sampaikan rindu nak duduk kat kerusi opis tu. Sekarang pun dah jarang sangat keluar masa kat opis.. tengok jer le opismate gasak ke Jusco.. Sogo.. Sab takleh ikut lah since schedule Sab penuh je. Tapi truthly, Sab suka macam ni.. Sab suka ada kerja.. sakit kepala bila tak buat apa-apa.. rasanya tak nak ulang saat masa opis di'renovate' selama 2 bulan hari tu. Memang datang kerja buta-buta je tak buat apa-apa.. Bosan tahap cipan la.. Hahahaha Kat opis baru ni Sab kena buat 'networking.. backup.. server' dan memana yang related dengan ICT la.. tapi takder buat langsung 'programming'. Rasa rindu pulak sebab selama 7 tahun yang lalu hidup Sab memang dengan 'programming' jer.. walapun idakler terrer mana.. hehehe.. Sejak 7 tahun lalu hingga kini, Sab dah merasa bekerja di 5 tempat dengan environment yg ketara berbeza walaupun skop kerja masih sama.. Sab pun berpeluang mengetahui skop kerja position yang lain.. masa memula kerja, Sab dapat kat MINDEF.. tak lama.. 3 bulan.. lepas tu masuk TUDM Sg Besi plak.. kerja dengan tentera.. bos pun tentera.. sampai bleh hafal la pangkat-pangkat yg ada dalam tentera.. tapi lepas bos Sab tu berpindah ke tempat lain.. rasa tak best plak kerja kat situ.. so Sab mintak tukar dan dapat di Bahagian Pinjaman Perumahan.. lama kat situ.. dekat 5 tahun, kat sini Sab banyak tahu pasal prosedur pinjaman perumahan.. seronok kat situ tapi Sab kena mintak tukar sebab opis 'housing' kat Jln Duta tu akan berpindah ke Putrajaya.. Sab tak nak duduk Putrajaya sebab Yang kerja kat KL.. kesian plak kalau kena ulang alik dari Putrajaya nanti.. Lepas tu akhir 2005 Sab dapat tukar ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).. Kat sini plak Sab belajar pasal permohonan AP.. pasal export-import barang yang keluar masuk Malaysia.. pasal permohonan cukai insentif... lebih kurang 1 1/2 tahun kat sana Sab dapat promotion dan ditempatkan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada Jun 2007 yang lalu.. opis Sab sekarang la.. Kat sini barulah Sab tahu sikit-sikit apa fungsi sebenar JUPEM.. tahu pasal peta.. pasal pendigitan.. plot.. uiskk entah apa-apa term lagi la.. Tak apa.. sikit-sikit.. nanti lama-lama Sab faham lah kan.. hehehe Ehh kenapa Sab citer semua ni erk? Ehmm Sab pun kurang pasti.. tapi tak apalah.. layannnnnn je lah erk kengkawan.. Hahahaha

Oklah, cukuplah citer pasal kerja Sab tu.. Kat bawah ni Sab tepek resepi sambal tumis sotong kering yang Yang beli masa berkursus kat Pangkor awal bulan lalu.. plus kerabu pucuk paku yang Mak buatkan masa Mak datang KL arituh..






KERABU PUCUK PAKU
** Update resepi ni... dah call mak tadik.. hehehe sedapnya kerabu

Bahan-bahan:
Utk ditumbuk atau dimesin
3 biji bawang merah
10 biji cili api
Sedikit serai dan lengkuas
Sedikit udang kering

1 biji bawang besar ~ diracik
Sedikit halia ~ diracik

Sedikit garam
2 biji limau kasturi
2 sudu kerisek
1 mangkuk kecil santan pekat ** kalau boleh perah santan dengan air yg dimasak
supaya kerabu tak cepat basi


Pucuk paku ~ dicelur
Taugeh ~ disiram sekali lalu jer dengan air panas
Kerang

Cara-cara:
1. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan bawang besar dan halia yang telah diracik.
2. Masukkan garam, perahan limau kasturi, santan dan kerisek. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan pucuk paku yang telah dicelur, taugeh dan kerang. Gaulkan semua bahan-bahan tadi.
4. Siap untuk dihidang. Kalau takut basi, seeloknya simpan kat dalam peti ais.





SAMBAL TUMIS SOTONG KERING

Bahan-bahan:
Utk ditumbuk atau dimesin
3 biji bawang merah
20-30 tangkai cili kering

Sotong kering ~ direndam dengan air kapur lebih kurang 4 jam
dan dibersihkan
Bawang besar ~ dimayang
1 mangkuk kecil air asam jawa
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
2. Masukkan sotong kering yang telah dibersihkan dan dipotong kecil.
3. Masukkan 1 mangkuk kecil air asam jawa bersama garam secukup rasa.
4. Masak sehingga sedikit kering dan kemudian masukkan pula sedikit gula.
5. Siap untuk dihidang.



*** Currently Sab listening to 'Sejuta nafas Cinta' by Fazli Zainal.. Aduhhh suara dia memang sedap giler ler.. terbuai-buai kalbu dibuatnya... Tahniah kat Fazli Zainal sebab dapat masuk peringkat akhir juara lagu tapi bukan lagu yang Sab dengar ni.. walaupun lagu ni dapat masuk separuh akhir tapi lagu 'Harapan' yang dapat masuk final.. Oklah tu.. sekurang-kurangnya ada gak satu.. Sab harap dia dapat jadik juara lah.. dia memang talented!


**Salam Sab....
**Selalu Singgah Umah Sab....Tapi Hidangnya Menu Yg Sama..Huhuhuhu
Fri 7-Dec-2007 11:27
Posted by:Kak Leen mamaleen@yahoo.com  - [Link]
Perrgghh!!! Mengancam betul tengok lauk nih hehe... Wed 13-Feb-2008 10:36
Posted by:Ayie  - [Link]
jom kongsi resepi & tgk video masak-masak di http://www.trymasak.my. macam ni senang je nk masak! Wed 1-Jul-2009 05:44
Posted by:TryMasak trymasak@geoflex.com.my  - [Link]
View all 92 comments Add comment


Sunday, 28-Oct-2007 23:21 Email | Share | | Bookmark
:. Warna Warni Aidilfitri (1428H)


SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI buat semua pengunjung FP Sab . Di kesempatan ini rasanya masih belum terlewat untuk Sab memohon keampunan andaikata ada tersalah kata, tersilap bahasa sepanjang Sab memberikan komen kat FP kengkawan semua selama ni Semoga persahabatan yang terjalin antara kita kekal buat selamanya...

Aidilfitri kali ni terasa sungguh berbeza bila orang yang biasa bersama tidak lagi dapat ditatap wajahnya. Sab paling kesian tengok Mak dengan Ayah. Walaupun Sab bukan seorang ibu tapi Sab amat memahami apa yang Mak rasa. Orang kata hilang suami atau isteri mungkin boleh berganti tapi bukan anak, ibu, bapa atau adik beradik. Namun begitu Sab tabik tengok ketabahan Mak, mungkin dengan kehadiran Amsyar suasana sedikit berubah. Keceriaan sentiasa ada dirumah kami sepanjang Aildilfitri hari tu, ditambah pula dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai ke rumah yang tak putus-putus membantu mengubat kedukaan Mak dan Ayah. Kali ni, abang kedua Sab beraya di rumah mertuanya jadi cuma kami 4 beradik je yang tinggal. Seperti biasa Sab memang orang wajib yang mesti ada kat rumah ni bila raya, nasib baik Yang tak kisah, terima kasih Yang sebab memahami Ena. Muahhh!!! Kami juga sempat beraya di Penang pada raya ke 7 tapi tak nampak sangat suasana raya lah kat sana. Hehehe mungkin sebab dah lambat sangat kot Apa-apa pun Sab puas hati sangat sebab dapat makan chaw kuey teow Bukit Mertajam tu, makanan wajib Sab kalau balik Penang. Sedap giler!!!!!

Sab baru dapat 3 hari puasa 6. Yang plak baru masuk hari pertama.. hehehe saja je Sab puasa masa Yang kena gi kursus kat Pangkor minggu lepas. Sab nak buat direct sampai ari khamis ni.. Insyallah..

Sekarang ni tengah musim 'rumah terbuka' jadi Sab harap kawan-kawan dapat mengawal pemakanan. Hehehe ingatan ini untuk diri Sab jugak tau, almaklum lah, Sab ni pantang nampak ketupat ke.. nasi himpit ke.. mahu makan tak ingat dunia.. hehehehe.. Eh, sebelum terlupa, jemput datang ke rumah ye kengkawan







wowo Sun 18-Nov-2007 19:38
Posted by:codain codaindnise@yahoo.com  - [Link]
Sab ooooo sab.....hari2 akak dok jengok kat rumah nie...apdet ler.... Mon 19-Nov-2007 09:49
Posted by:Roylazim  - [Link]
sab sihat ker... dah lama xupdate fp nih! Mon 19-Nov-2007 10:15
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
View all 76 comments Add comment


Saturday, 29-Sep-2007 04:57 Email | Share | | Bookmark
:. Jom masak !!! (#10)

Sepanjang Ramadhan ni Sab tak berapa sihat, ada yang tak kena dengan perut ni. Asyik sakit jer.. Doktor kata Sab kena gastrik dan ada sedikit masalah dengan usus. Doktor suruh Sab berpantang makan... huhuhuhu.. kena ambil makanan yang lembut-lembut jer. Tu yang Sab rasa tak meriah sangat puasa kali ni tapi tak apalah.. secara tak langsung dapat turun 4 kilo mcm tu jer bulan puasa ni. Hehehehe

Semalam Sab gi Mid Valley dengan Yang. Punyalah ramai orang, dengan hiruk pikuk.. bising.. dengan cuaca yg panas membahang, Sab dah cuba dah agar tak sakit kepala.. tapi memang tak terdaya nak elak. Sepanjang malam tadi tak boleh nak tidur. Berdenyut-denyut kepala ni. Erghhh tensionnya. Lama dah Sab tak kena sakit kepala.. lepas ni Sab ingat nak gi membeli belah waktu malam jer la.. kurang sikit tekanan kat kepala ni..Bukan nak shopping sakan pun, cuma nak nak cari sarung untuk kusyen kecik Sab tu.. dah tak lawa dah warna yg ada skrg ni. Tapi macam biasalah.. lain yang dicari, lain yg dapat .. hehehe.. sempatlah grab 2 pasang kasut.. 2 pasang t-shirt dan satu jeans.. hehehe.. ehh apron baru pun ada tau.. bleh tayang kat Kak Rinn .. dia yang rajin dok tukar apron ni.. hehehehehe

Oklah, meh kita jenguk plak apa yang Sab masak masa bulan puasa ni. Kat bawah hi diantara apa yang pernah Sab masak lah.. ringkas je.. hehehe makan berdua.. takde ler beria sangat.





LABU MASAK LEMAK
** resepinya Sab rasa semua orang dah tahu kot.. sinple jer.. hehehe malas ler nak taip kat sini..




IKAN CARU BAKAR & SAMBAL BELACAN
*** Alaaahhhh senang je.. letak ikan atas pemanggang, lepas tuh bakar sampai agak-agak lah masaknya erk.. tang sambal belacan tuh rasanya semua orang tahu buat.. hehehehe.. (Ampunnn .. Sab pemalas yg amat nak menaip ni..)




AYAM KICAP BEREMPAH

Bahan-bahan:
Utk ditumbuk atau dimesin
3 biji bawang merah
2 biji bawang puteh
Sedikit halia
1 sudu jintan putih dan 1 sudu ketumbar

Ayam ~ dipotong dan digoreng tidak terlalu garing
3 biji kentang ~ dihiris dan digoreng
Bawang besar ~ dimayang
3 biji limau kasturi
1 mangkuk kecil air
Sedikit lada sulah/putih
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Kicap manis
Cili hijau untuk hiasan ~ dimayang halus
Rempas penumis

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin bersama dengan rempah penumis sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yang telah digoreng dan sedikit lada sulah/putih.
3. Gaulkan rata ayam tersebut dan tuang kicap serta 1 mangkuk kecil air. Biarkan hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan pula kentang yang telah digoreng tadi. Biarkan seketika.
5. Kemudian masukkan pula perahan limau kasturi beserta dengan bawang besar yang telah dimayang dan cili hijau.
6. Siap untuk dihidang.



Quote:
Sab kena tag oleh Bro Jeff dan Kak Madiha

Instructions :
**Start Copy**
Tag Mode: 5 bloggers
1st - You leave their blogs and post link and add to the list below.
2nd - Let the bloggers you want to tag know they been tagged by commenting in their blogs or etc.

5 things found in my bag
~ My Sony Ericsson S500i
~ My Purse
~ A packet of medicines
~ Lip gloss and lipstic
~ Jupem Identity Card

5 things found in my purse
~ Mykad
~ A variety of cards (ATM card, Jusco card, Credit Card dah tak ada.. yeahhhh!!!)
~ Driving licence
~ Picture of us
~ Money

5 favorite things in my room
~ My desktop
~ My Al-Quran & terjemahan
~ Picture of us
~ My cute tv
~ My pokok yg tak tahu apa namanya.. hehehe

5 things i’ve always wanted to do
~ Buy a DSLR with wide angle lense.. hehehehe
~ Perform Hajj with Yang
~ Buy a just nice house.. tak nak besar sgt dan tak nak kecik sgt..
~ Buy a Lancer GT for Yang and Myvi for me.. Amin.. Hehehehe
~ Go for vacation

5 things I’m currently into
~ Search for latest Smallville, CSI series at Limewire
~ Looking at price of flight tickets from JB to Penang.. mahal giler wooo
~ Listening to Memburu Impian by Kazaa
~ Finish 30 juzuk of Al-Quran before Raya, aduihh.. ada lagi 6 juzuk ni..
~ Answering all these questions

5 people i'm going to tag
I dont want to tagging anybody lah erk.. kesian plak kat diaorang .. sekarang ni masing-masing tengah sibuk bershopping kot..




kak sab, mane kak sab nih???
lama menyepi tanpa hapdet..keskekses.....
Sun 28-Oct-2007 22:23
Posted by:syahidd  - [Link]
salam juara Tue 12-Feb-2008 19:30
Posted by:ZaifulJUARA786 zaifulzakaria786@yahoo.com  - [Link]
waaaahhhhhhh keluar air liur tgk nie....... ni dah kenyang pun nakmakanlagi nie...sekiranya memerlukan pembantu rumah lawati lah f/p saya...entry 1hb April 2008.. Thu 3-Apr-2008 15:50
Posted by:shafa  - [Link]
View all 99 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.