|
|
| Sunday, 30-Mar-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. PRU 12 & Work & Food
|
|
Ramai betul yang suruh Sab update dan kemas umah online Sab ni. Sebelum tu Sab nak mintak maaf kat semua kengkawan yang mana Sab tak sempat nak jenguk FP atau blog kengkawan. Sab dijangkiti virus 'BZ' pulak kali ni la...Most of the time Sab duduk kat bilik server.. monitoring the installation and the configuration of our new server and storage. This is the very 1st time Sab involve dalam technical and networking. Banyak betul benda yang Sab tak tahu hinggakan Sab rasa tension sangat. Terasa macam bodoh dan tak tahu apa-apa sedangkan dah kerja lebih 6 tahun. Selama 6 tahun tu Sab buat development so when it comes to technical part memang Sab jadik slow. Banyak betul nak kena catch-up since Sab the only one IT personel kat situ. Technician Sab entah bila lah nak sampai.. Letih dah call admin suruh cepatkan kemasukan technician tu..Uwaaaa rasa nak mintak transfer jer..
Tapi nasib baik Yang ada.. Yang ni jenis orang yang sentiasa tenang.. Kadang-kadang membosankan jugak sebab Sab rasa Yang ni terlalu optimis sangat. Hehehe.. Ampunn Yang.... Adik-adik Sab gelarkan abang ipar dorang ni 'Mat Kool' Hehehe.. Yang cakap Sab should think out of the box.. cuba sesuatu yang baru.. So bila difikirkan, betul gak apa kata Yang tu kan... Kita tak akan tahu kebolehan kita kalau kita tak mencuba kan? So itulah prinsip yang Sab pegang sekarang bagi menguatkan keyakinan diri Sab untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh. **Macam tak ikhlas kan? ahaksss
Oklahhh cukuplah luahan perasaan tu... kat sini Sab nak tayang gambar-gambar yang sempat Sab amik masa PRU 12 arituh.. Layan je ler erk..
Ini pulak kek marble yang Sab pesan dari Mak Lang untuk dibawa balik ke rumah mertua masa PRU12 tu. Sedap betul rasanya.. dan minggu lepas baru je order lagi kek marble yang sama dengan kek pisang yang Yang suka tu.. Psstt .. lagi satu.. yang tu gambar char kuey teow kesukaan Sab dan Yang.. Gerai tempat jual feveret food kitorang ni terletak berdekatan dengan balai polis Bukit Mertajam. Ada ke yang pernah pergi? Ramai orang tau kat gerai tu. Selalunya kalau makan mesti pekena 2 pinggan, tapi balik kali ni.. Yang makan sampai 3 pinggan.. melampau betul kan? Hehehe.. mamat kat kedai tu siap senyum-senyum jer bila Yang pesan kali ke tiga.. mesti dia pelik.. orang kurus ni makan banyak.. hahaha..
Last sekali, nasi lemak tu Sab masak masa Maulidur Rasul tempoh hari. Dek terpengaruh dengan nasi lemak kat FP kengkawan punya pasal la ni.... Hehehehe Dahler Sab ni hantu nasi lemak....
*****Sab akan berkursus selama 2 minggu di Bukit Tinggi pada 8 hingga 18 April 2008. Sab dapat rasakan kursus tu pasti membosankan. Kenapa bosan? Hehehe sebab Sab tak dapat jumpa Yang.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Mesti Sab rindu giler teramat-amat kat Yang.. nak buat camner erk?? Ada sesapa boleh tolong ke?
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Mar-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. Casual Potraiture with CandidSyndrome
|
|
Phewwww,.. hari yang sungguh memenatkan tapi seronok sangat. Semalam Sab dan Yang berkesempatan buat 'Casual Potraiture' bersama senior photographer dari CandidSyndrome, Udey Ismail dan Mukhriz Latif. Sab booking pakej ni masa tengok expo kat Mid Valley. Sebelum tu memang Sab dah tercari cari photographer untuk amik gambar kiter orang sempena our 5th anniversary ni. Tapi bila pergi je expo tu.. Yang terus suka dengan hasil kerja dorang, then terus booking untuk photoshot. Yeahhh finally,..
3 Mac hari yang ditunggu-tunggu.. kekeke memula ada plan nak kuruskan badan sebab nak bergambar tapi alahhh macam tak boleh ler.. kekekeke teruk betul Sab ni kan. Yang pulak cakap, tak apa... Bie kan cute.. Hehehe ye ler tu.. Kot Yang tak puji wife dia sapa lagi nak puji kan? Kekeke Entahlah.. Sab rasa selagi Yang macam tu selagi tu ler Sab tak leh nak kurus.. bukanlah kurus sangat.. atleast jadik macam dulu-dulu pun oklah kan.. kekekeke.. Itu belum lagi Sab mula belajar buat buns la.. pizza la.. cake la... kalau Sab dah pandai buat semua tu.. aiyoooo tak tahulah macam mana pulak bertambah besarnya badan Sab ni..
Sab dan Yang keluar dari rumah pukul 10:15 dan janji nak tunggu Udey kat tol UPM sebab kitorang tak tahu jalan nak ke MARDI tu. Dalam masa yang sama pulak, bukan sebarangan orang boleh masuk dalam MARDI tu tapi since bebudak CS ni ada member dalam MARDI jadik dapatlah kitorang buat shot kat situ.. Tak lama tunggu kat tol UPM tu, Udey pun sampai.. then terus ke MARDI, tunggu kejap kawan Udey datang, nama dia Faiz. Dia ni kiranya macam photographer wannabe la. Ehh tapi bukan wannabe dah.. dah kira menjadi dah... korang boleh gaks hire dia.. hasil tangan dia pun boleh tahan beb... Lepas Faiz datang, kitorang terus ke padang tempat nak buat shot tu. Tak lama lepas tu Mukhriz pulak sampai. Shooting bermula dalam pukul 11:30 kat padang MARDI tu. Pemandangan kat situ sangatlah cantik, tapi kalau takder orang buat construction tu lagi ler cantik..
Lepas puas dok berposing kat padang tu, kiterorang round plak dalam MARDI cari port lain yang cun. Ada posing dalam kebun rozel.. dan ada juga atas bukit.. phew... bergolek-golek Yang dari atas bukit tuh.. seronok sakan.. cuaca masa tu redup je tapi terasa gaks bahang panas.. apa taknya.. pukul 1 tghari daa.. berpeluh2 gaks tu.. tapi takper.. natural kan.. tak yah make-up pun.. macam bersantai je.. Terasa macam artis pun ye jugak.. mana taknya 3 orang photographer sekaligus... Dah puas-puas meneroka MARDI,.. kiterorang ke Putrajaya pulak.. Buat shoot kat situ.. Memang seronok dengan diorang ni.. jenis selamba.. pak guard dah marah pun tak reti-reti gaks nak beredar,.. sempat lagi snap kat atas tangga tu.. kekekek... seronok sehhh... Akhirnya sesi posing yang sepatutnya abis kol 3 tuh berlanjutan sampai pukul 5. Sempat pulak lepas tu tengok ultraman berlawan kat tepi jambatan putrajaya tu.. Kereta yang lalu lalang semuanya pelik tengok dorang ni... siap ada yang hon-hon.. jerit-jerit.. 'ultraman.. ultraman.. ultraman.. kekekekkekee Sakit perut ketawa ... Kekekekeke.. kelakar lah diaorang ni...
Sab tak sabar nak tunggu semuanya siap.. 6 minggu tuh.. huhuhu.. tak sabarnya.. Yang penting tak sia-sia Sab amik pakej dengan CandidSyndrome. Puas hati sesangat... diaorang pulak semuanya best giler... Thank you guys.. you all really made our day!
 
       
     
Ini lah 3 orang ultraman melayu yang sesat kat Putrajaya tu.. kekekekek
In action
Yang ni pulak gambar ultraman 3 tu yang kitorang shot.. cun tak? hehehehe



|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Mar-2008 03:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. 5th Anniversary -- Dedicated to Yang!
|
|
Alhamdulillah... hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan Sab dan Yang. 5 tahun yang dilalui bermula dengan sedikit kepayahan akhirnya dipenuhi dengan bunga-bunga kebahagiaan. Di alam perkahwinan ini Sab belajar menyintai seseorang. Dan Sab rasa hasilnya amat berbaloi bila kita dapat menyintai orang yang amat menyintai kita. C.i.n.t.a yang tidak pernah 'bersebab'. Itu yang Yang selalu ucapkan pada Sab. Tidak perlu kerana 'kekayaan', 'kecantikan' atau apa-apa saja. Yang ada hanyalah kerana 'I LOVE YOU'. Jangan ditanya kenapa .....
Di kala Sab menaip entry ini, air mata menitis mengenangkan pengorbanan dan kasih sayang yang Yang curahkan selama ini pada Sab. Kesungguhan Yang untuk meyakinkan Sab tentang cintanya, pengorbanannya dalam menanti jawapan dari Sab,.. Ianya tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata, cukuplah Allah sebagai saksi apa yang Yang telah usahakan selama ini. Sab pun tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Kekuatan untuk menerima Yang dan belajar untuk menyintainya. Apa yang pasti bila Sab mengambil keputusan untuk menerima Yang, Sab harus belajar untuk berkorban. Masa tu Sab tak tahu apa sebenarnya yang berada dalam fikiran Sab tapi mungkin semua ini petunjuk dari Allah. Sab tak pasti apa kriteria yang ditetapkan oleh orang lain untuk mengahwini seseorang tapi bagi Sab, Sab hanya perlukan seorang lelaki yang 'sabar', dapat membimbing Sab dan yang amat menyintai Sab. Sab teringat pada hadis Nabi yang mengatakan 'lelaki yang baik untuk dijadikan suami adalah lelaki yang dapat mengawal marahnya'. Sab akui setiap orang ada kelemahan masing-masing dan cara yang paling baik adalah belajar menerima kelemahan mereka sebagaimana mereka menerima kelemahan kita. Dan, Alhamdulilah.. selepas tujuh tahun mengenali Yang, Sab dapat rasakan Yang adalah yang lelaki terbaik untuk hidup bersama Sab. Sab rasa Yang adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai. 12 tahun yang berlalu bersama Yang mengajar erti suka-duka sebuah kehidupan di mana setiap detiknya amat Sab hargai. Sab berdoa agar Sab dan Yang akan terus bahagia bersama selama-lamanya di dunia dan akhirat dan semoga perkahwinan ini sentiasa di bawah rahmat Allah selalu..
| Quote: |
**** Dedikasi buat seorang yang amat dicintai...
- HANYA PADAMU -
Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci
- KETULUSAN HATI -
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu
Yang,
Terima kasih atas pengorbanan yang diberi,
Terima kasih untuk kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi,
Terima kasih kerana sudi berkongsi kehidupan ini,
Terima kasih kerana setia mendengar luahan hati ini,
Terima kasih kerana menerima seadanya diri ini,
Terima kasih kerana terus menyintai diri ini,
Terima kasih... terima kasih.. dan terima kasih atas segala-galanya....
Ena sayangkan Yang dan akan terus menyintai Yang hingga ke akhir hayat Ena..
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. Thank You!
|
|
Uwaaaaa .. terharunya Sab rasa bila terima 'Nice Matters Award' kat atas tu dari Kak Jie Jie dan Kak Leen. Tak sangka ada jugak orang yang ingat kat Sab erk.. terharu bercampur gembira sebenarnya.. hehehe Terima kasih banyak-banyak yer akak berdua.. At the same time, tak lupa jugak pada Intan sebab sudi bagi award yang cute mute ni utk akak.. Thanks hah larling..
Oleh kerana semua orang bagi-bagi award.. Sab pun nak bagi award la.. hehehe.. boleh lah dikira award kan? Kat bawah ni is a 'Thank You' tag yang Sab buat khas untuk ditujukan kepada Kak Leen dan Kak Jie Jie.. Nanti kalau ada award lain.. bagi kat Sab lagi erk.. kekekeke.. teruk betul Sab ni.. tak malu erk.. main mintak-mintak pulak...
Dan juga Sab nak bagi award ni pada semua pengunjung umah online Sab ni.. terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkunjung yer.. Datang selalu tau!
| Quote: | Oleh kerana ada orang terpaksa sewa kontena nak bawak balik award ni ***sambil jeling kat Mak Lang, maka Sab ambil keputusan mengecilkan sikit saiznya.. hehehe.. Tak nak lah sampai ada orang kena sewa kontena lagik.. mahal sewa tu.. kekekekeke
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Feb-2008 02:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. Honeymooning - Kuantan & Amsyar
|
|
Fuhhhh lega rasanya dapat buat comeback untuk FP ni.. Hehehe.. setelah menghilang seketika.. rasa rindu menerjah .. meluap-luap nak update balik FP ni. Rindu kat kengkawan pun iya jugak.. Sab tengah menyusun masa untuk melawat FP kengkawan.. minta maaf ye kepada kengkawan yang Sab dah lama tak jenguk FPnya.. Sab sibuk sikit.. bukan sikit lah.. banyak sgt.. hehehe.. Awal tahun.. kerja banyak sampai bawak balik ke rumah.. tapi Sab suka.. bekerja dengan team yang lelaki semuanya memang mencabar.. tapi oklah.. dema semua tu boleh buat kerja.. Sab pun banyak mintak tolong mereka sebab Sab orang baru kan? Hehehe..
Ni gambar masa gi Cherating cuti sekolah yang lepas.. Sab stay kat Swiss Garden 3 hari 2 malam.. takleh buat apa pun.. kat pantai cuma boleh jenjalan je.. bendera merah dinaikkan tanda tak selamat untuk sebarang aktiviti pantai.. hehehe musim tengkujuh.. nak buat camner.. kebetulan Sab dengan Yang salah planning.. akhir tahun tak sesuai nak ke pantai timur la.. cuaca tak berapa bagus..
Cuma ni je gambar-gambar yang Sab sempat ambil masa kat kuantan ari tu.. Cuaca tak menentu.... jadi tak banyak aktiviti yang boleh dibuat.. tak seronok sangat la.. kena pergi lain kali pulak..
Yang kat bawah ni pulak, gambar anak sedara Sab.. Namanya Amsyar... kalau bersama dengan dia tak terasa masa berjalan. Amsyar seorang yang mudah sangat tersenyum.. ketawa.. memang mudah sangat lah.. ceria je kalau tengok muka dia.. kalau dia baru bangun tidur.. kita tegur dia.. sekilas tu jugak dia tersenyum.. huhuhu.. rindunya Sab kat Amsyar.. tak sabar nak balik kampung Rabu ni nak jumpa Amsyar.. hehehe..
Cuti raya cina ni kengkawan tak bercuti ke? Balik kampung ke? Lama cuti ni.. dan Sab dan Yang dah decide nak balik kampung Sab kat Johor je.. nanti cuti sekolah bulan Mac nak balik Penang pulak.. Jom balik kampung.. hehehehe
| Quote: |
Alhamdulillah,.. akhirnya Sab dapat login ke akaun FP Sab ni.. Malam tadi Sab accidentally ter'save' blank password.. pastu, sepanjang malam Sab tak dapat nak login ke FP, dahler registered email kat FP ni dah tak valid dah... rasa nak nagis pun ada... huhuhuhu.. tetiber tengok pagi ni boleh pulak masuk.. apa masalahnya erk.. ehmm tak kisahlah.. janji Sab boleh login ke FP..
Sebenarnya, Sab nak letak entry menyahut cabaran Edoras ID-UD tu. Dah siap dah Sab buat untuk Edoras.. Hehehe nihler entrynya...
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Nov-2007 06:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. Jom Masak !!! (#11)
|
|
Ramai betul yang suruh Sab update dan kemas umah online Sab ni. Hehehehe Sab dijangkiti virus 'MALAS' la... dan kebetulan pulak, kerja kat opis dah semakin sibuk.. pagi petang asyik meeting je sampaikan rindu nak duduk kat kerusi opis tu. Sekarang pun dah jarang sangat keluar masa kat opis.. tengok jer le opismate gasak ke Jusco.. Sogo.. Sab takleh ikut lah since schedule Sab penuh je. Tapi truthly, Sab suka macam ni.. Sab suka ada kerja.. sakit kepala bila tak buat apa-apa.. rasanya tak nak ulang saat masa opis di'renovate' selama 2 bulan hari tu. Memang datang kerja buta-buta je tak buat apa-apa.. Bosan tahap cipan la.. Hahahaha Kat opis baru ni Sab kena buat 'networking.. backup.. server' dan memana yang related dengan ICT la.. tapi takder buat langsung 'programming'. Rasa rindu pulak sebab selama 7 tahun yang lalu hidup Sab memang dengan 'programming' jer.. walapun idakler terrer mana.. hehehe.. Sejak 7 tahun lalu hingga kini, Sab dah merasa bekerja di 5 tempat dengan environment yg ketara berbeza walaupun skop kerja masih sama.. Sab pun berpeluang mengetahui skop kerja position yang lain.. masa memula kerja, Sab dapat kat MINDEF.. tak lama.. 3 bulan.. lepas tu masuk TUDM Sg Besi plak.. kerja dengan tentera.. bos pun tentera.. sampai bleh hafal la pangkat-pangkat yg ada dalam tentera.. tapi lepas bos Sab tu berpindah ke tempat lain.. rasa tak best plak kerja kat situ.. so Sab mintak tukar dan dapat di Bahagian Pinjaman Perumahan.. lama kat situ.. dekat 5 tahun, kat sini Sab banyak tahu pasal prosedur pinjaman perumahan.. seronok kat situ tapi Sab kena mintak tukar sebab opis 'housing' kat Jln Duta tu akan berpindah ke Putrajaya.. Sab tak nak duduk Putrajaya sebab Yang kerja kat KL.. kesian plak kalau kena ulang alik dari Putrajaya nanti.. Lepas tu akhir 2005 Sab dapat tukar ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).. Kat sini plak Sab belajar pasal permohonan AP.. pasal export-import barang yang keluar masuk Malaysia.. pasal permohonan cukai insentif... lebih kurang 1 1/2 tahun kat sana Sab dapat promotion dan ditempatkan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada Jun 2007 yang lalu.. opis Sab sekarang la.. Kat sini barulah Sab tahu sikit-sikit apa fungsi sebenar JUPEM.. tahu pasal peta.. pasal pendigitan.. plot.. uiskk entah apa-apa term lagi la.. Tak apa.. sikit-sikit.. nanti lama-lama Sab faham lah kan.. hehehe Ehh kenapa Sab citer semua ni erk? Ehmm Sab pun kurang pasti.. tapi tak apalah.. layannnnnn je lah erk kengkawan.. Hahahaha
Oklah, cukuplah citer pasal kerja Sab tu.. Kat bawah ni Sab tepek resepi sambal tumis sotong kering yang Yang beli masa berkursus kat Pangkor awal bulan lalu.. plus kerabu pucuk paku yang Mak buatkan masa Mak datang KL arituh..
KERABU PUCUK PAKU
** Update resepi ni... dah call mak tadik.. hehehe sedapnya kerabu
Bahan-bahan:
Utk ditumbuk atau dimesin
3 biji bawang merah
10 biji cili api
Sedikit serai dan lengkuas
Sedikit udang kering
1 biji bawang besar ~ diracik
Sedikit halia ~ diracik
Sedikit garam
2 biji limau kasturi
2 sudu kerisek
1 mangkuk kecil santan pekat ** kalau boleh perah santan dengan air yg dimasak
supaya kerabu tak cepat basi
Pucuk paku ~ dicelur
Taugeh ~ disiram sekali lalu jer dengan air panas
Kerang
Cara-cara:
1. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan bawang besar dan halia yang telah diracik.
2. Masukkan garam, perahan limau kasturi, santan dan kerisek. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan pucuk paku yang telah dicelur, taugeh dan kerang. Gaulkan semua bahan-bahan tadi.
4. Siap untuk dihidang. Kalau takut basi, seeloknya simpan kat dalam peti ais.
SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
Bahan-bahan:
Utk ditumbuk atau dimesin
3 biji bawang merah
20-30 tangkai cili kering
Sotong kering ~ direndam dengan air kapur lebih kurang 4 jam
dan dibersihkan
Bawang besar ~ dimayang
1 mangkuk kecil air asam jawa
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
2. Masukkan sotong kering yang telah dibersihkan dan dipotong kecil.
3. Masukkan 1 mangkuk kecil air asam jawa bersama garam secukup rasa.
4. Masak sehingga sedikit kering dan kemudian masukkan pula sedikit gula.
5. Siap untuk dihidang.
*** Currently Sab listening to 'Sejuta nafas Cinta' by Fazli Zainal.. Aduhhh suara dia memang sedap giler ler.. terbuai-buai kalbu dibuatnya... Tahniah kat Fazli Zainal sebab dapat masuk peringkat akhir juara lagu tapi bukan lagu yang Sab dengar ni.. walaupun lagu ni dapat masuk separuh akhir tapi lagu 'Harapan' yang dapat masuk final.. Oklah tu.. sekurang-kurangnya ada gak satu.. Sab harap dia dapat jadik juara lah.. dia memang talented!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Oct-2007 23:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. Warna Warni Aidilfitri (1428H)
|
|
SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI buat semua pengunjung FP Sab . Di kesempatan ini rasanya masih belum terlewat untuk Sab memohon keampunan andaikata ada tersalah kata, tersilap bahasa sepanjang Sab memberikan komen kat FP kengkawan semua selama ni Semoga persahabatan yang terjalin antara kita kekal buat selamanya...
Aidilfitri kali ni terasa sungguh berbeza bila orang yang biasa bersama tidak lagi dapat ditatap wajahnya. Sab paling kesian tengok Mak dengan Ayah. Walaupun Sab bukan seorang ibu tapi Sab amat memahami apa yang Mak rasa. Orang kata hilang suami atau isteri mungkin boleh berganti tapi bukan anak, ibu, bapa atau adik beradik. Namun begitu Sab tabik tengok ketabahan Mak, mungkin dengan kehadiran Amsyar suasana sedikit berubah. Keceriaan sentiasa ada dirumah kami sepanjang Aildilfitri hari tu, ditambah pula dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai ke rumah yang tak putus-putus membantu mengubat kedukaan Mak dan Ayah. Kali ni, abang kedua Sab beraya di rumah mertuanya jadi cuma kami 4 beradik je yang tinggal. Seperti biasa Sab memang orang wajib yang mesti ada kat rumah ni bila raya, nasib baik Yang tak kisah, terima kasih Yang sebab memahami Ena. Muahhh!!! Kami juga sempat beraya di Penang pada raya ke 7 tapi tak nampak sangat suasana raya lah kat sana. Hehehe mungkin sebab dah lambat sangat kot Apa-apa pun Sab puas hati sangat sebab dapat makan chaw kuey teow Bukit Mertajam tu, makanan wajib Sab kalau balik Penang. Sedap giler!!!!!
Sab baru dapat 3 hari puasa 6. Yang plak baru masuk hari pertama.. hehehe saja je Sab puasa masa Yang kena gi kursus kat Pangkor minggu lepas. Sab nak buat direct sampai ari khamis ni.. Insyallah..
Sekarang ni tengah musim 'rumah terbuka' jadi Sab harap kawan-kawan dapat mengawal pemakanan. Hehehe ingatan ini untuk diri Sab jugak tau, almaklum lah, Sab ni pantang nampak ketupat ke.. nasi himpit ke.. mahu makan tak ingat dunia.. hehehehe.. Eh, sebelum terlupa, jemput datang ke rumah ye kengkawan
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Sep-2007 04:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. Jom masak !!! (#10)
|
|
Sepanjang Ramadhan ni Sab tak berapa sihat, ada yang tak kena dengan perut ni. Asyik sakit jer.. Doktor kata Sab kena gastrik dan ada sedikit masalah dengan usus. Doktor suruh Sab berpantang makan... huhuhuhu.. kena ambil makanan yang lembut-lembut jer. Tu yang Sab rasa tak meriah sangat puasa kali ni tapi tak apalah.. secara tak langsung dapat turun 4 kilo mcm tu jer bulan puasa ni. Hehehehe
Semalam Sab gi Mid Valley dengan Yang. Punyalah ramai orang, dengan hiruk pikuk.. bising.. dengan cuaca yg panas membahang, Sab dah cuba dah agar tak sakit kepala.. tapi memang tak terdaya nak elak. Sepanjang malam tadi tak boleh nak tidur. Berdenyut-denyut kepala ni. Erghhh tensionnya. Lama dah Sab tak kena sakit kepala.. lepas ni Sab ingat nak gi membeli belah waktu malam jer la.. kurang sikit tekanan kat kepala ni..Bukan nak shopping sakan pun, cuma nak nak cari sarung untuk kusyen kecik Sab tu.. dah tak lawa dah warna yg ada skrg ni. Tapi macam biasalah.. lain yang dicari, lain yg dapat .. hehehe.. sempatlah grab 2 pasang kasut.. 2 pasang t-shirt dan satu jeans.. hehehe.. ehh apron baru pun ada tau.. bleh tayang kat Kak Rinn .. dia yang rajin dok tukar apron ni.. hehehehehe
Oklah, meh kita jenguk plak apa yang Sab masak masa bulan puasa ni. Kat bawah hi diantara apa yang pernah Sab masak lah.. ringkas je.. hehehe makan berdua.. takde ler beria sangat.
LABU MASAK LEMAK
** resepinya Sab rasa semua orang dah tahu kot.. sinple jer.. hehehe malas ler nak taip kat sini..
IKAN CARU BAKAR & SAMBAL BELACAN
*** Alaaahhhh senang je.. letak ikan atas pemanggang, lepas tuh bakar sampai agak-agak lah masaknya erk.. tang sambal belacan tuh rasanya semua orang tahu buat.. hehehehe.. (Ampunnn .. Sab pemalas yg amat nak menaip ni..)
AYAM KICAP BEREMPAH
Bahan-bahan:
Utk ditumbuk atau dimesin
3 biji bawang merah
2 biji bawang puteh
Sedikit halia
1 sudu jintan putih dan 1 sudu ketumbar
Ayam ~ dipotong dan digoreng tidak terlalu garing
3 biji kentang ~ dihiris dan digoreng
Bawang besar ~ dimayang
3 biji limau kasturi
1 mangkuk kecil air
Sedikit lada sulah/putih
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Kicap manis
Cili hijau untuk hiasan ~ dimayang halus
Rempas penumis
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin bersama dengan rempah penumis sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yang telah digoreng dan sedikit lada sulah/putih.
3. Gaulkan rata ayam tersebut dan tuang kicap serta 1 mangkuk kecil air. Biarkan hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan pula kentang yang telah digoreng tadi. Biarkan seketika.
5. Kemudian masukkan pula perahan limau kasturi beserta dengan bawang besar yang telah dimayang dan cili hijau.
6. Siap untuk dihidang.
| Quote: | Sab kena tag oleh Bro Jeff dan Kak Madiha
Instructions :
**Start Copy**
Tag Mode: 5 bloggers
1st - You leave their blogs and post link and add to the list below.
2nd - Let the bloggers you want to tag know they been tagged by commenting in their blogs or etc.
5 things found in my bag
~ My Sony Ericsson S500i
~ My Purse
~ A packet of medicines
~ Lip gloss and lipstic
~ Jupem Identity Card
5 things found in my purse
~ Mykad
~ A variety of cards (ATM card, Jusco card, Credit Card dah tak ada.. yeahhhh!!!)
~ Driving licence
~ Picture of us
~ Money
5 favorite things in my room
~ My desktop
~ My Al-Quran & terjemahan
~ Picture of us
~ My cute tv
~ My pokok yg tak tahu apa namanya.. hehehe
5 things i’ve always wanted to do
~ Buy a DSLR with wide angle lense.. hehehehe
~ Perform Hajj with Yang
~ Buy a just nice house.. tak nak besar sgt dan tak nak kecik sgt..
~ Buy a Lancer GT for Yang and Myvi for me.. Amin.. Hehehehe
~ Go for vacation
5 things I’m currently into
~ Search for latest Smallville, CSI series at Limewire
~ Looking at price of flight tickets from JB to Penang.. mahal giler wooo
~ Listening to Memburu Impian by Kazaa
~ Finish 30 juzuk of Al-Quran before Raya, aduihh.. ada lagi 6 juzuk ni..
~ Answering all these questions
5 people i'm going to tag
I dont want to tagging anybody lah erk.. kesian plak kat diaorang .. sekarang ni masing-masing tengah sibuk bershopping kot..
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Sep-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. Jom masak !!! (#9)
|
|
Minggu lepas, Yang terjatuhkan hp buruk dia sampai abis tak berfungsi skrin hp tu. Kalau kengkawan nak tahu, Yang pakai fesyen lama punya hp iaitu nokia 3310. Puas dah Sab suruh tukar tapi dia tak nak.. boleh guna lagi katanya.. huh nyampah betul Jadi, bila kali ni hp Yang dah tak boleh berfungsi dengan baik.. Sab lah yang paling seronok.. hehehehe, bleh beli hp baru untuk Yang.. Sabtu lepas, kami ke Sungei Wang Plaza untuk cari hp.. masa ni Sab baru tahu apa beza AP set dengan Original set. Lepas dengar segala penerangan yang diberi, kami memilih untuk beli original set... senang kalau jadi apa-apa.... Yang pilih Motorola Razr V6, opss sebenarnya Sab yang pilih.. hehehe.. tapi masa nak bayar tu, Yang letak syarat Sab kena pilih hp untuk diri Sab pulak, kalau tak Yang tak nak tukar hp baru Hah? terkejutlah Sab. Tak ada plan nak tukar hp pun.. memang hp Sab kira lama gak, tapi tak adalah selama hp Yang.. berkerut gak lah dahi Sab ni.. takut terlebih bajet, tapi Yang kata cukup.. hehehe dah orang nak bagi, kita terima je lah.. jadi Sab pilih model Sony Ericson yang terbaru S500i. Yang kata hp ni boleh dikira sebagai hadiah harijadi kedua bagi kami. Hehehe Terima kasih Yang.. muahhhzzzz!
Ok, cukup pasal hp tu, sekarang ni kita citer pasal makanan plak. Insyallah akhir minggu ni semua umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Jadi mesti ramai yang dah kumpul resepi kan? hehehe.. Sab pun.. siap buat senarai lagik.. tapi macam tahun lepas.. senarai hanya tinggal senarai.. Jadi sempena kesempatan ini Sab ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUASA KEPADA KENGKAWAN SEMUA" Semoga ibadah kita diterima Allah SWT.
NASI AYAM
** resepinya Sab ambil dari Fp Mamasya .. sini berselera tengok FP Mamasya masa tayang nasi ayam tuh.. hehehe.. terima kasih Mamasya sebab sudi berkongsi resepi..
UBI GORENG
*** Ini resepi Mak, kalau Mak yang goreng ubi kayu Sab rasa sedap bangat... rupanya Mak gaulkan ubi tu dengan bawang putih yang ditumbuk bersama sedikit garam. Pastu cecah dengan sambal kicap yang digaul plak dengan kacang goreng yang telah ditumbuk. Wallllaaaaaaaaaa sedap giler bila makan panas-panas.. Terima kasih Mak!
BIHUN GORENG
*** Tak yah resepi lah.. ini masak campak-campak je.. hehehe.. utk sarapan pagi Sabtu yang lalu.
| Quote: |
Sab kena tag oleh 5 orang sekaligus.. Bro Jeff, Kak Rin, Tariqzaidanirah, Alim@Ummi Najla dan Edoras huhuhuhu.. sabar je lah.. hehehehe.. tapi seronok gaks erk.. ni Sab nak jawab ni..
Instructions :
**Start Copy**
Proposition: If you Have $1,000,000.00…………………………………
Requirements: continue above sentences
Tag Mode: 5 blogger
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.
What They Do With Their $1 Million
1. SYH will spend for Family.
2. Miche will give to the needy.
3. Montessorimum will keepsake.
4. Mumsgather will secure her kids’ financial future.
5. bkworm will be debt free.
6. Dancing Queen will go on a lifelong holiday.
7. Eve will invest in properties.
8. dieselfire will create a foundation for underprivileged students.
9. Underneath The Stars will put aside for kids education.
10. AmiraZefr will invest in her kids trust fund and set aside for some TLC holiday trips.
11. Erna will perform Hajj and round the world with my beloved family
12. MamaFaMi will create a foundation for orphans and old folks in Africa.
13. Bro Jeff will invest in various portfolio to triple the $1 million. With inflation, the rise in the cost of living and Consumer Price Index, $1 million will not go far
14. RinnChan will give 1/4 of it to mum and let she spend as she wishes. The balance will be deposited into bank account for emergency cases and donation for children suffering from chronic diseases.
15. Tariqzaidanirah will go to cuti-cuti dunia.
16. Alim will settle all the hutang first (house loan, car loan, study loan) then perform hajj,
buy new big/comfortable house & car by cash... the rest..will invest in my kids trust fund & save for future ... ( ada balance lagi ke? tak byk mana pun 1 milllion ni )
17. Edoras will spend 50% for Penceramah2 Al Quran and Hadis, 20% to family who have financial problems, 30% invest in Islamic Investments whereby 80% of the bonus will be for sedekah
18. Sab will settle all loans (study,car..etc), then sponsor all my siblings to perform hajj and the rest Sab will put aside for saving or to buy anything i want.
1 million galore!
Now, what would you do if you had one million in your possession ?
Who am I tagging ?
I dont want to tagging anybody la because many of them have been tagged already.. hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Sep-2007 23:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:. Honeymooning - Langkawi Island
|
|
Cuti sekolah yang lalu, Sab dan Yang pergi bercuti ke Langkawi. Sebuah pulau yang sangat cantik dan ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Tapi Sab tak abis melawat semua kawasan tu, mungkin lain kali boleh pergi lagi kot. Kali ni Sab pergi naik kereta dari KL, singgah rumah mertua kat Bukit Mertajam, esoknya pula ke Jeti Kuala Perlis. Lepas tu sejam dalam feri nak ke pulau tu. Perghh, letih yang amat la. Lepas ni Sab kena beranikan diri naik kapal terbang la. Kesian Yang kena memandu jauh-jauh. Mesti Yang penat, walaupun Yang tak pernah merungut.. tengok muka dia pun Sab tahu dia penat.. tapi bila tanya dia.. tak nak ngaku.. hehehe Sab kena kuatkan semangat la lepas ni.... Amin..
Di Langkawi, Sab menginap di hotel Holiday Villa.. dekat kawasan Pantai Tengah. Sab sukakan suasana kat situ, ada banyak kedai makan, ada banyak kedai jual cenderamata dan baju.. senang nak cari apa-apa.. cuma satu benda je yang Sab tak jumpa sepanjang kat sana.. ehmmm roti gardenia.. hahaha.. kalau high 5 tu mmg banyak. Kenapa erk? Tapi tak kisahlah, sebab ada banyak makanan lain yang sedap-sedap Sepanjang Sab kat Langkawi, cuaca tak menentu.. kejap panas sangat, kejap hujan lebat kejap kang cuaca elok.. sejuk je... seronok lah masa tu.
Ehmm tak yah lah cerita panjang-panjang.. layan je la gambar yang ada ni erk.. Tapi apa yang Sab boleh katakan, Langkawi memang tempat yang patut dilawati.. boleh berehat,.. menikmati suasana kampung yang aman.. pantai yang cantik.. tempat bersejarah yang menarik.. dan yang paling syok sesangat ialah masa membeli belah yang mana ada banyak barangan dijual dengan harga murah .. hehehe sebab tak ada cukai.. Tapi Sab tak beli barang sangat.. tak larat nak bawak.. Sab cuma beli cokelat je.. banyak betul cokelat.. hehehe..
| Quote: |
<Mademoiselle Ayu> Alah Ayu,.. akak pun baru pertama kali ni gi Langkawi. sebelum ni sejak hidup 30 tahun yang lalu, tak pernah pun jejak kaki ke sini. Redang dan Perhentian? hah.. tu dalam list akak gaks tuh
<Mak Ucu> Mak Ucu orang Langkawi? Laaaa.. awat tak ajak Sab datang umah arituh?? hehehe
<RoyLazim> Kak Roy honeymoon kat Langkawi erk?? Alahh Sab tak ada sesi rendaman kaki tuh ler.. Tak gi pun tasik dayang bunting tu.. Takut lah nak naik bot kecik tuh..
<Kak Leen> Waalaikummussalam Kak Leen. Terima kasih atas ucapan Kak Leen tu. Sab amat menghargainya..
<Rinnchan> A a ahler Kak Rin. Seronok bangat dapat gi Langkawi. Banyak kali tertangguh sebab ada hal yang tak leh nak elak.. Sab tak rendam kaki kat tasik tu lah Kak Rin. tak pergi pun. Sab takut nak naik bot tu.. Sab rasa macam kecik sgt je.. Kesian gaks kat Yang. Dah janji dengan Yang, nak pergi lagi mungkin akhir tahun ni. Nak ajak famili supaya Yang ada kawan nak gi Island Hopping tu nanti.. ***Ppsstt Sab beli set utk buffet + set sudu lah Kak Rin. Itu pun jenuh mengangkat. Kesian kat Yang..
<MaDiHa> Dengar cerita Endau-Mersing pun cantik gaks kan Kak Madiha? Sab teringin nak gi sana, then boleh terus ke Tioman.
<Elin> Happy Merdeka utk Elin gaks..
<Mohd Azhari Azizan> Oooo dah selalu gi Langkawi erk? Tak apalah.. lain kali kita gi sesama nak.. hehehe dengan family masing2 la.. hehehehe.. **pstt: Sorry erk tak dapat singgah rumah arituh. Memang rush sangat la. Nadzri pun mcm letih je.. lain kali erk belanja chao kuey teow tu
<Za+Za> Apa yang bz sangat tu Zaza? Kazu pun bz gaks ke? takper.. settlekan dulu bz-bz part tu, then gi honeymoon sakan.. bagi akak plak jeles.. hehehehe
<Ecah> Memang best lah Cik Ecah.. rasa mcm nak gi lagi..
<Id Isk> Mana dapat jeruk Kak Ida? Betul-betul ajak ke ajak-ajak ayam je ni? Kang Sab datang sungguh kang.. hehehehe
<Kc> Sesekali Kc, dah lama gaks tak gi bercuti..
<Mamasya> Bukan lah suka tapi Sab biasa makan roti brand Gardenia je.. tu yg dok cari roti tu gaks kat Langkawi.. Iskk cable car kat genting lagi gayat lah Mamasya. Yang kat Langkawi ni kureng skt lah.. mungkin Sab bleh naik lagi sekali lepas ni ..hehehe
<Jie Jie> Alah Kak Jie, tak ada lah romantik mana pun.. nama panggilan je.. hehehe <
Bro Jeff> Bro, yang pasal 'tag' tu nanti erk Sab jawab.. hehehe.. Hah, apa lagi Bro.. gi lah bercuti ke Langkawi.. seronok tempatnya.. pastikan bawak duit yang banyak erk.. hehehe nak shopping sakan..
<Syahidd> Aik.. tang mana Mahsuri nya tuh?? Uiskk jauh panggang dari api ler.. Mahsuri tuh lawa tau.. masyhur.. hehehehe Harap mcm tu gak.. agar kasih sayang berkekalan hingga selamanya.. Salam Merdeka untuk Syahid gaks!.
<Cek de Sam> Nak gi Langkawi gaks erk? Baguslah.. bawak duit lebih sikit.. bleh shopping sakan..
<Edoras> Beli gak cokelat sikit. Edoras nak ke? Meh ler datang umah..
<Lisha> Lisha orang Langkawi tapi tak pernah naik cable car? Tak patut ni.. hehehe Hah.. Pantai Tengah.. dekat-dekat dengan Pantai Cenang kan? Laaa.. kalau tahu arituh.. Sab singgah umah Lisha.. hehehe
<Mummy Jam> A ahh memang betul lah Mummy, Sab pun nak kena belajar naik flight. Memang sakit montot lah kalau nak gi dari Singapore. Hehehe
<Mak Lang> Alah biasalah tu Mak Lang. Sab pun kekadang confuse gaks.. hehehe sepatutnya memang dah beranak pinak dah.. cuma belum ada rezeki lagi kata orang tua-tua..
<sahar+zabar=wani&mimi> Alhamdulillah, memang seronok lah kat sana Kak Zar. Naik gaks keta cable tu.. kot tak naik kang, merajuk plak mamat sorang tu. Dia beria-ia nak naik.. tapi tak nak naik sorang.. hehehe Tang shopping tu mmg best lah Kak Zar. Cuma tang nak angkut barang tu yang fikir banyak kali tu.. hehehe
<Za> Aik jeles plaks erk.. tang dia gi Pangkor tu, kita tak jeles pun..
<Ct> Langkawi mmg best!
<Masriyah> Memang seronok gi Langkawi, tempat cantik.. Sab suka bangat. Alah.. kalau Sab singgah umah mertua Masriyah, Masriyah ada ke? Kot tak nanti terkejut plaks mertua Masriyah tu.. hehehe
<Mama Fami> Uiskk lama tu Ma tak gi Langkawi kalau since patung burung tu tak ada. Sab rasa patung burung tu lama dah ada kat Langkawi. Tuh lah Ma, alhamdulillah lah.. enjoy kat sana.. sesekali kena gak rehatkan diri.. tenangkan fikiran.. ***ppsstt: A ahler Ma, Sab kena beranikan diri nak kapalterbang ni. Ma ada petua tak?
<Boxhousestudio> Ehmm Sab tengah dok fikir ni apa maksud Kak Tun. Tercari-cari gaks kesinambungannya dari komen-komen yang lain tapi tak jumpa.. hehehe tak kisah lah Kak Tun..
<Mama sofea> Alah Sab bukan honeymoon pun. Jenjalan je makan angin.. yg jadik term 'honeymoon' tu mungkin sebab Sab masih berdua..
<Sabrina~Mama Adam> Ehhh Sab pun mcm yang lenlain erk.. honeymoon kat Langkawi? Ehh thanks for the compliment. Insyallah.. Sab pun berharap mcm tu gaks.. ***Ppsstt: Nama kita sama lah kan? Sab & Sab.. Eii sukanya!
<Edoras> Alah tak yah alamat ler.. Sab dok kat Jalan Duta.. kot dah sampai kat situh.. sms je.. hehehehe mcm iyer je nak datang tuh
|
|
|
|
|
|